Saturday, 10 May 2014

TIPS | NAK BELI MANA SATU NI??

1. Ukur ketebalan dompet

Persoalan pertama adalah berapa bajet yang korang ada? Untuk yang nak beli DSLR untuk pertama kali, saya cadangkan beli model entry level. Harga dalam lingkungan RM1500 hingga RM2000

2. Canon, Nikon atau Lain-lain?

“Beli C atau N sebab yang lain tak bagus”, dialog ini biasa keluar dari mulut mereka yang merasakan jenama yang mereka pakai paling best sangat.
Perlu di ingatkan di sini, jenama tak penting pun. Kalau beli DSLR harga 10 juta pun tapi pakai auto mode baik tak payah.
Pilih jenama yang korang rasa serasi dengan tangan korang. Pegang dulu semua kamera yang ada di pasaran sama ada Nikon, Canon, Sony, Olympus, Pentax dan sebagainya. Kalau rasa sesuai dengan tangan, beli je, tak perlu dengar cakap orang lain sebab korang yang nak pakai nanti.

3. Nak shoot apa?

Jenis kamera bergantung kepada apa subjek yang korang nak shoot. Contohnya kalau korang suka shoot gambar aksi seperti sukan dan sebagainya, kamera yang boleh shoot 5 fps (frame per second) ke atas patut menjadi pilihan. Kalau landskap tak perlu fps yang tinggi.
Satu lagi, saya pernah terbaca dalam forum fotografi, forumers ada bagitau yang Nikon is best for landscape, Canon is best for portrait.
Saya tak tau sejauh mana kebenarannya sebab saya pakai Sony, Like no Others icon smile Tips | Nak beli mana satu ni??

4. Lens

Selain jenis kamera, lens antara perkara yang perlu juga di ambik berat. Biasanya dslr akan dijual beserta pakej lensa yang berlainan. Contoh sony a300 yang aku beli 2 tahun yang lepas disertakan dengan lens 18-70mm & 55-200mm, sesuai untuk pelbagai keadaan. Nikon d90 pulak dengan lensa 18-105mm manakala Canon biasanya dengan pakej 18-55mm.
Jika korang nak beli dslr sekadar suka-suka, 18-55mm dh cukup ok, boleh cover indoor dan outdoor sekali. Bagi yang suka travelling pulak, lens 18-250mm sangatla sesuai, sebab tak perlu nak tukar-tukar lens. Kalau wedding pulak 18-105mm dah cukup bagus dan kalau nak skodeng, bolehla angkat 70-200mm atau terus sambar je 70-400mm.
Kalau nak cerita pasal lens ni 10 muka surat pun tak abis, kalau free nnti aku buat entri pasal lens pulak untuk beginner senang faham, kalau dah expert tak payahla baca.

5. Banding harga & free gift

Sangat penting jika korang sayangkan duit, kalau tak sayang, abaikan tips ini. Jangan lupa bandingkan free gift, ada kedai yang bagi banyak free gift, ada kedai yang kedekut. Biasanya free gift yang korang akan dapat bila beli kamera seperti tripod, kad memori, screen protector, beg & cleaning kit.

6. Tengok kedai

Kalau pekerja atau tokei kedai layan kita macam sampah, sila beredar segera dan sebar2kan nama kedai tu supaya takda customer yang datang kedai tu lagi. Biarla harga mahal sikit asalkan layanan tip top.
Hampir terlupa pulak ada part 2..hehe..

7. Stabilizer

Stabilizer merupakan satu fungsi/sistem pada kamera untuk mengurangkan gegaran yang menyebabkan gambar menjadi ‘blur’. Ada banyak jenis image stabilizer (IS), namun yang biasa digunakan pada dslr terkini ialah Lens-based Image Stabilization dan Sensor-shift Image Stabilization. Brand-brand seperti Canon dan Nikon menggunakan Lens-based IS, manakala Sony, Pentax, Fujifilm & Minolta menggunakan sistem Sensor-shift IS.
Jadi, apa bezanya antara Lens-based IS dan Sensor-shift IS bagi mereka yang nak beli dslr pertama?
Bagi pengguna nikon dan canon, IS terletak pada lens dan bukan pada body kamera. So kalau nak beli lens, kenala cari lens yang ada IS, kalau tak kemungkinan besar masa ambik gambar banyak gambar akan blur ( jika menggunakan slow shutter atau lens zoom) dan untuk pengetahuan, lens2 yang ada IS agak mahal, dan sesuai untuk mereka yang berpoket tebal sahaja.
Brand2 seperti sony dan olympus pulak tidak perlu risau  sama ada lens ada IS atau tidak sebab IS dah ada dalam body kamera. So untuk brand2 ini, apa2 lens pun sesuai termasuk lens2 lama seperti minolta.
Kesimpulannya, lu fikirla sendiri..hehe..

8. Tengok orang kat sebelah

Maksudnya tengok2kan kawan2 korang, ramai pakai brand apa? Kalau ramai pakai canon, beli la canon, kalau nikon, beli la nikon & kalau sony, beli le sony. Nanti nak share lens atau aksesori lain senang, kawan nak ajar pun senang sebab brand sama.
So, sampai di sini sajalah, semua tips di atas adalah berdasarkan pengalaman aku masa mula2 nak beli kamera. Kalau korang ada tips yang best silalah berkongsi kat sini. Adios…. :p
Credit : http://tarmizishukri.com/tips-nak-beli-mana-satu-ni/ 

1 comment:

  1. iolss takde duit nak beli kamera DSLR, mohon budak JPA belanja boleh >.< hahahaha

    ReplyDelete