'Shutter' ialah satu 'tetingkap' atau 'blade' yang akan
terbuka dan tertutup, yang membenarkan cahaya masuk ke dalam sensor.
'Shutter speed' pula ialah kelajuan 'blade' itu ditutup
apabila sesuatu gambar diambil. Dengan ini, kamera boleh mengawal jumlah cahaya
yang masuk dengan mengawal kelajuan shutter speed pada kamera. Sekiranya korang
menggunakan shutter speed yang laju (fast shutter speed). Gambar korang akan
jadi lebih 'sharp' tapi kalau korang menggunakan shutter speed yang perlahan
(slow shutter speed) gambar korang akan kelihatan lebih blur.
Shutter speed dikira dalam unit saat seperti 1/500 saat,
1/10 saat, dan 20 saat.
Gambar dibawah menunjukkan bagaimana shutter pada kamera
berfungsi (pergerakan slow motion).
Untuk mengambil gambar yang bergerak laju seperti,
pergerakan sebuah kereta, shutter speed juga mestilah laju (contoh shutter
speed 1/500 saat). Jika tidak, gambar akan menjadi kabur (blur). Untuk
mengambil gambar pergerakan air seperti air terjun, mestilah menggunakan
shutter speed yang slow untuk menghasilkan gambar yang cantik (contoh shutter
speed 5 saat).
Untuk mengelakkan gambar menjadi blur, pemggunaan shutter
speed mestilah tidak kurang daripada 1/60 saat. Sekiranya menggunakan shutter
speed 1/60 dan kebawah (1/30, 1/10, 2, 5, ...), penggunaan tripod adalah
diperlukan. Ini adalah untuk mengelakkan daripada hasil gambar anda menjadi
blur akibat pergerakan kamera yang tidak statik.
Pemilihan shutter speed bergantung kepada Peraturan Ibu Jari
(Rule of Thumb) yang menyatakan shutter speed adalah bersamaan atau laju
daripada 1/(panjang focal lens) saat. Contohnya jika anda menggunakan lens
200mm, maka anda perlu menggunakan shutter speed minimum 1/200saat untuk
mendapatkan imej yang tajam (sharp). Namun, peraturan ini jarang diaplikasi
kerana sekarang kebanyakan kamera sudah ada teknologi penstabilan imej samada
Image Stabilizer (IS Canon) ataupun Vibration Reduction (VR Nikon).
Shutter speed yang terdapat pada kamera, nilai speednya
ialah 'double' (approximately) untuk setiap satu. Sebagai contoh pilihan
shutter speed yang terdapat pada kamera ialah seperti 1/1000, 1/500, 1/250,
1/125, 1/60, 1/30, 1/15, 1/8 dan seterusnya. Nilai shutter speed sebelumnya
lebih kurang dua kali ganda daripada selepasnya.Terdapat juga kamera yang
mempunyai 'option' shutter speed 'BULB' atau 'B', iaitu kiraan masa shutter
speed bermula dari kita menekan button sehigga melepaskannya (shutter release
button). Shutter akan terus terbuka selagi kita tidak melepaskan button
tersebut.
Kaitan shutter speed dengan jumlah cahaya yang masuk ke
dalam kamera:
Namun sekiranya ingin menggunakan shutter speed yang laju
atau perlahan, korang boleh menukar setting aperture untuk menghasilkan gambar
yang baik. Sekiranya ingin menggunakan shutter speed yang laju (contoh 1/1000
saat), aperture mestilah bukaan besar (contoh f/2), dan sekiranya ingin
menggunakan shutter speed perlahan (contoh 1/15 saat), aperture mestilah bukaan
kecil (contoh f/16). Ini untuk mengelakkan gambar menjadi over ataupun under.
Rujuk gambar dibawah untuk lebih faham.
Contoh gambar penggunaan shutter speed dan gambar yang
dihasilkan.
No comments:
Post a Comment