Sunday, 25 May 2014

Komposisi Dalam Fotografi

Komposisi adalah cara menyusun objek dalam gambar. Bagi anda yang baru menceburi bidang
fotografi kaedah menyusun dalam komposisi perlu difahami. Jangan biarkan objek dalam gambar
menjadi berterabur tanpa haluan. Letakkan objek utama dengan jelas jika tidak penatap gambar
akan jemu dan tidak suka melihatnya

Beberapa konsep perlu ada ketika merakam gambar:
 Gambar pastinya jelas dengan penggunaan fstop yang betul. Sutter Speed yang bersesuaian.
 Jangan terlalu padat dengan banyak subjek.
 Letakkan subjek utama pada tempat yang betul. Contoh: merakam permainan bola sepak
biar nampak pemain sedang bersama bola sepak bukan bola raqbi.
 Pencahayaan biar betul jangan terlalu under atau over expose.
 Fucusing kena batul agar gambar tajam.
 Kedudukan ketika merakam gambar perlu mantap agar gambar tidak goyang. Gunakan
tripod, monopod dan sebagainya untuk menghasilkan gambar tidak bergoyang.
 Penggunaan lens yang tepat adalah cara yang baik untuk merakam gambar. Jangan
menggunakan lens 17 mm untuk gambar potret. Jangan guna lens wide angle untuk


merakam gambar close-up.

1. Pastikan gambar anda mempunyai Point of Interest (POI). Poi adalah kawasan yang akan menarik mata penonton melihatnya. Pastikan POI anda unique di dalam gambar.



2. Letakkan subjek pada tempat yang paling menarik dalam framing anda. Tak semestinya anda perlu meletakkan subjek ditengah. Experimen dengan posisi paling menarik.




3. Ringkaskan gambar anda. Hanya masukkan elemen yang paling penting dan yang mahu diceritakan. Samada mengurangkan elemen, ataupun mengurangkan warna, boleh memberikan penceritaan tertentu.




4. Sudut pandang juga penting. Anda boleh mengambil dari sudut paras mata, sudut bawah, atau sudut atas. Setiap satu akan beri impak psikologi tertentu.




5. Bentuk. Setiap perkara yang dirakam mempunyai bentuk. Sesetengah benda mungkin lebih menarik sekiranya kita rakamkan bentuknya. Sudut dan cahaya memainkan peranan untuk merakam bentuk sesuatu objek





6. Line. Asas penghasilan bentuk, adalah menggunakan line. Amati dan lihat bagaimana line boleh memberikan impak dalam gambar.





7. Perspektif akan beri depth dalam gambar.


No comments:

Post a Comment