Aperture adalah salah satu 'elemen' yang penting dalam
fotografi. jadi, untuk menggunakan dan mengawal aperture dengan betul, korang
mstilah mengetahui apa itu aperture dan fungsinya.
Dari segi saintifiknya, aperture ni adalah bukaan iris pada
lensa ketika gambar diambil. Jika bukaan iris tu lebih luas, maka lagi banyak
cahaya boleh masuk ke dalam kamera. Sekiranya bukaan kecil, sedikitlah cahaya
yang boleh masuk. Konsep ini sama seperti mata kita.
Aperture ini dikira dan dilabelkan dengan format 'f-stop'.
Sebagai contoh, f/2.8, f/5.6, dan f/22. Bukaan aperture yang kecil mempunyai
nilai f-stop yang besar (contoh f/32) dan bukaan aperture yang besar mempunyai
nilai aperture yang kecil (contoh f/4).
Gambar dibawah menunjukkan kaitan bukaan aperture dengan
jumlah cahaya yang masuk. Sekiranya bukaan kecil, maka kuranglah cahaya yang
masuk dan jika bukaan besar, banyaklah cahaya yang masuk.
Contoh lain, kaitan aperture dengan depth of field (DOF). Semakin
besar bukaan aperture (nilai f-stop kecil), semakin sempit DOF dan sebaliknya.
rujuk gambar di bawah untuk lebih faham.
Contoh:
f/4: Bukaan aperture besar dan banyak cahaya boleh masuk.
Maka kawasan fokus (DOF) akan terhad. kawasan yang berada di belakang atau di
depan objek akan menjadi blur (Bokeh)
f/11: Bukaan aperture sederhana. Cahaya masuk tidak terlalu
banyak. Maka objek dapat difokus dengan lebih baik. Tapi bahagian belakang atau
di depan objek masih kabur sedikit (Bokeh)
f/32: Bukaan aperture sangat kecil dan cahaya yang dapat
masuk sedikit. Jadi, objek dan belakang objek dapat di fokuskan dengan lebih
baik, tiada kawasan yang nampak blur.
No comments:
Post a Comment